
Remaja suspek kes bunuh kanak-kanak Orang Asli direman seminggu
IPOH 19 Ogos – Seorang remaja lelaki yang ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan selepas permohonan pihak polis dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini.
Mahkamah membenarkan reman hingga 25 Ogos bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nuraina Humaira Rosli dilaporkan hilang pada 16 Ogos lepas sebelum ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli berkenaan petang semalam dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Namun, selepas keputusan awal bedah siasat diperoleh semalam yang mendapati mangsa meninggal dunia akibat tekanan di bahagian leher, polis mengklasifikasikan semula kepada kes bunuh.
Susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang juga merupakan saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan pada 5 petang semalam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUJUH TAHUN TANPA KHABAR, IBU RAYU ANAK PULANG
KLEBANG 24 November - Setiap hari wanita ini masih menyimpan harapan untuk melihat anak sulungnya pulang ke pangkuan keluarga, meskipun...
KHATAN PERCUMA, MAIM RINGANKAN BEBAN 50 ANAK ASNAF ALOR GAJAH
PENGKALAN BATU 24 November - Seramai 50 anak asnaf di daerah Alor Gajah berpeluang menyertai Program Khatan Anak Asnaf Majlis...
MELAKA SASAR 320 SEKOLAH NIKMATI KEMUDAHAN PEMBELAJARAN MODEN
SERI NEGERI 24 November - Kerajaan Negeri berhasrat memperluas akses kepada kemudahan pembelajaran moden di lebih 320 sekolah kerajaan di...
MUSTAFA AZAM GALAS AMANAH TIMBALAN EXCO, JAMIN GERAK KERJA DUN TIDAK TERABAI
DURIAN TUNGGAL 24 November - Pelantikan sebagai Timbalan Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri tidak akan menjejaskan komitmen Ahli Dewan...
TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN BUKAN KAWASAN TERNAKAN – ABDUL HAKIM
LENDU 24 November - Pemilik ternakan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dengan mengawal haiwan peliharaan...
MAIM TAJA 20 MUALAF, KAKITANGAN TUNAI UMRAH
PENGKALAN BATU 23 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM200,000 bagi menaja 20 peserta menunaikan ibadah umrah tahun...
