Rentas negeri untuk sambut raya masih tidak dibenarkan

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR 27 April. – Orang ramai masih tidak dibenarkan merentas negeri untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, keputusan itu masih dikuatkuasakan berikutan status Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), PKP Pemulihan dan PKP Bersyarat masih berkuatkuasa di kesemua negeri dan wilayah di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan pelancongan dari negeri PKPP ke PKPP menggunakan konsep ‘Green Travel Bubble’ masih dibenarkan.

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) diumumkan sebelum ini, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali untuk aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep Green Travel Bubble melalui agensi yang berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya)

“Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah masih dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak di atas keputusan kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan mengumumkan SOP bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat selepas segala perinciannya diputuskan oleh agensi berkaitan.

Untuk rekod, umat Islam di negara ini dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 dan 14 Mei depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post Kumpulan kedua atlet sukan bola sepak terima vaksin pada Mei
Next post Kerajaan belanja RM2.8 trilion bagi Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1957
Ubah saiz-+=