
‘Report Card’ 365 hari memimpin Melaka dibentang bulan depan
AYER KEROH 8 Mac. – Kad laporan atau ‘report card’ sepanjang 365 hari memimpin Melaka akan dibentangkan pada awal bulan depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, laporan itu akan memperincikan segala pencapaian yang telah dilakukan kerajaan negeri sepanjang genap setahun memimpin Melaka.
“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat dan barisan EXCO serta rakan-rakan strategik dari pihak pembangkang serta semua penjawat awam yang saya kasihi sepanjang tempoh setahun ini.
“Walaupun berdepan pelbagai cabaran dari sudut kesihatan, politik dan ekonomi kita berjaya sampai ke tahap ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri dan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HASN 2026: MBMB TERIMA ANUGERAH BANDARAYA WARISAN HIJAU
AYER KEROH 24 September - Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kelestarian dan kebersihan Bandaraya Melaka mendapat pengiktirafan...
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
