
RM1.04 JUTA HIDUPKAN RAMADAN MUALAF MELAKA
KESIDANG 17 Februari – Sebanyak RM1.04 juta diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membantu lebih 2,000 mualaf di negeri ini melakukan persediaan menyambut Ramadan tidak lama lagi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penerima melibatkan 2,000 mualaf dan 200 asnaf mualaf.
Katanya, bantuan itu membuktikan Kerajaan Negeri menerusi MAIM amat cakna berhubung aspek kebajikan asnaf, sekali gus menyuburkan lagi syiar Islam di Melaka.
“Bagi mualaf dewasa, MAIM memberikan bantuan sebanyak RM450, sementara itu kanak-kanak pula RM200.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban seterusnya memberikan keselesaan kepada golongan mualaf di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas Majlis Pelancaran Dan Agihan Bantuan Persediaan Ramadan Mualaf Negeri Melaka Tahun 2025M/1445H di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM, semalam.
Hadir sama pada Majlis itu Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis
Mengikut rekod, sehingga 16 Februari 2025, tujuh orang mualaf warganegara dan dua orang mualaf bukan warganegara selesai mengucapkan syahadah dan memeluk Islam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WANITA PERLU MAIN PERANAN JAGA WARISAN MELAKA GEOPARK – KALSOM
BANDARAYA MELAKA 22 Mei - Kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya wanita terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian warisan negeri...
TERNAKAN RUSA PACU EKONOMI ORANG KAMPUNG KUALA SUNGGA
MACHAP JAYA 22 Mei - Inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sungga menternak rusa kini menunjukkan perkembangan...
692 PELAJAR SEKOLAH MELAKA MEROKOK
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Seramai 692 pelajar sekolah menengah di Melaka dikesan merokok menerusi saringan yang dijalankan Jabatan Kesihatan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: NADI MAIN PERANAN PENTING TANGKIS MAKLUMAT PALSU
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri...
WRUR KOTA LAKSAMANA: ZIARAH KASIH BAWA SINAR BUAT RAKYAT MEMERLUKAN
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Penerima bantuan Program Cakna Kebajikan: Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
PPSPM OPTIMIS MELAKA RIVER CRUISE CAPAI SASARAN 1 JUTA PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 22 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) optimis mencapai sasaran satu juta pengunjung menikmati pelayaran...
