Sorting by

×

RM800,000 dana pendidikan anak Risda

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

ALOR GAJAH 20 Ogos – Sejumlah RM800,000 disediakan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA, tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dana itu meliputi Skim Insentif Pelajar secara ‘one-off’, Bantuan Sara Hidup Pelajar dan Biasiswa Pelajar kepada penuntut Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

“Melalui yayasan sama, Risda turut menyediakan Skim Bantuan Komputer Riba UCAM secara ‘one-off’ serta Anugerah Yayasan Risda berbentuk dermasiswa sebanyak RM2,000 kepada pelajar cemerlang.

“Saya yakin inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada generasi muda, anak-anak pekebun Risda menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi, sekali gus membantu melancarkan pengajian di UCAM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) yang turut dihadiri Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Risda, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif serta Ketua Pengarah Risda, Datuk Abdullah Zainal.

Menurut beliau, Risda memberi fokus kepada bidang pendidikan sejak 65 tahun lalu dan sudah melalui pelbagai evolusi.

“Ini selaras dengan perkembangan sistem pendidikan dan keperluan tenaga kerja dalam sektor pertanian negara khususnya perladangan getah.

“Saya difahamkan, setakat ini UCAM berjaya melahirkan lebih 10,000 graduan yang bukan hanya berkhidmat dalam agensi pertanian dan perladangan malah turut bergelar usahawan, sekali gus jutawan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1443
Kongsi :
Previous post Ikon hotel mesra Muslim
Next post Empat lelaki dipercayai ah long seludup rokok ditahan
Ubah saiz-+=