
RMK13: MELAKA ANTARA NEGERI PACU PENINGKATAN EKSPORT HALAL
AYER KEROH 31 Julai – Kerajaan menyasarkan nilai eksport halal negara untuk terus meningkat kepada RM80 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga disasar meningkat kepada 11 peratus.
Menurut beliau, langkah meningkatkan nilai eksport halal itu akan didukung dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan Halal Industrial Park, antaranya di Melaka, Perak dan Kelantan.
“Dalam RMK13, negara menyasarkan nilai eksport halal, terus meningkat kepada RM80 bilion dan sumbangan industri halal kepada KDNK naik kepada 11 peratus,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri berkata, selain sektor halal, perhatian juga akan terus diberikan kepada pengukuhan industri perkhidmatan kewangan negara termasuk penerokaan teknologi seperti tokenisasi aset, mata wang digital bank pusat dan peluasan platform sandbox.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
