Sorting by

×

Royal Chulan Penang jadi PKRC mulai 2 September

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

GEORGE TOWN 29 Ogos – Hotel bertaraf empat bintang Royal Chulan Penang di sini akan menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) berisiko rendah mulai 2 Sept ini.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata, langkah itu akan menyediakan satu lagi pilihan kuarantin di bawah tanggungan sendiri kepada pesakit COVID-19 berisiko rendah.

“Sebelum ini, hotel itu beroperasi sebagai hotel kuarantin yang menempatkan pekerja kilang, bagaimanapun peningkatan kes COVID-19 di Pulau Pinang memerlukan penubuhan segera PKRC tambahan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Yeoh, yang juga Pengerusi Pusat Pelancongan Perubatan Pulau Pinang (PMED), berkata Royal Chulan Penang adalah hotel kedua di negeri itu yang dijadikan sebagai PKRC selain Vouk Hotel Suites.

Beliau berkata hotel yang menjadi PKRC dilengkapi bantuan perubatan 24 jam sehari untuk pesakit.

“Kami menerima banyak panggilan daripada pesakit COVID-19 yang bimbang mereka mungkin menjangkiti rakan atau ahli keluarga semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Pesakit berisiko rendah yang berminat menjalani kuarantin kendiri di Royal Chulan Penang boleh melayari MySafeQ untuk membuat permohonan atau menghubungi Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (04-217 5100) untuk menguruskan kuarantin kendiri di Vouk Hotel Suites.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

659
Kongsi :
Previous post 2.2 peratus penjawat awam belum daftar untuk vaksin
Next post Juara dua kali karang sajak kongsi resepi
Ubah saiz-+=