
Royalti pasir: Melaka sedia beri kerjasama dengan SPRM
TANGGA BATU 9 Okt. – Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu royalti pasir yang dibangkitkan Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya tiada masalah untuk memberi kerjasama dan berharap perkara itu diselesaikan seadilnya oleh SPRM.
“Sudah tentu kerajaan negeri akan beri kerjasama sebaiknya kepada SPRM bagi menyelesaikan segala isu yang dibangkitkan,” katanya yang ditemui selepas menyempurnakan penyerahan rumah baharu kepada enam beradik yatim piatu, di sini, hari ini.
Semalam, MHI melaporkan SPRM Melaka mengesahkan sudah mengambil beberapa maklumat dan melihat dokumen berkaitan isu royalti pasir yang didakwa Idris yang juga bekas ADUN Sungai Udang.
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata, perjumpaan itu diadakan selama dua jam bermula 3 petang di sebuah lokasi di Melaka.
Mohd Sharil dipetik berkata, kesemua maklumat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk dianalisa dan diperincikan bagi tindakan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
