R&R Cheng gantikan Tapak Gerai MBMB Cheng

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

CHENG 25 Sept – Seramai 13 peniaga kecil di tapak gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Cheng, Lebuh SPA di sini bakal memiliki gerai baharu selepas ianya siap 15 September lalu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, projek bernilai RM1.5 juta itu dijenamakan sebagai R&R Cheng yang terletak berhampiran dengan lokasi gerai lama.

“Pembinaan R&R Cheng ini yang bermula 14 Januari 2020 turut dilengkapi dengan kemudahan surau, tandas, parkir kenderaan serta mesra orang kurang upaya (OKU).

DATUK Bandar MBMB Datuk Zainal Abu

“Diharapkan dengan pemindahan dan penstrukturan semula ini, ianya dapat membantu peniaga kembali menjana ekonomi dengan lebih baik khususnya di waktu pasca pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu seramai 10 orang peniaga yang terpilih untuk menerima kunci gerai yang diserahkan oleh Exco NGO, Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen secara pandu lalu.

MOHD Rafiq menyerahkan replika kunci secara pandu lalu.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya, Sulaiman Atan, Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB, Mohd Derus Che Mat dan komuniti setempat.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, pemindahan tapak gerai terbabit juga bertujuan untuk memudahkan perancangan bagi melebarkan jalan di kawasan gerai lama yg terletak berhampiran Persimpangan Cheng Lebuh AMJ oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2708
Kongsi :
Previous post The Kadazandusun and Fuad Stephens: Journalism and the creation of an Identity
Next post KJ ajak ahli farmasi bimbing rakyat ke fasa endemik
Ubah saiz-+=