Rumah Terbuka Klebang serlah semangat muhibah

Masa Membaca:58 Saat

KLEBANG 27 Mei – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menyerlahkan semangat perpaduan dan muhibah apabila disertai masyarakat berbilang kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata, uniknya majlis yang diadakan di Kompleks JAPERUN Klebang itu turut menampilkan juadah tradisi masyarakat dan etnik di negeri ini.

“Bermula jam 8 malam kita tidak putus-putus menerima kehadiran pengunjung yang dianggarkan lebih 5,000 orang daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Bagi saya, penganjuran majlis seperti ini jelas menunjukkan satu semangat yang baik apabila ia dapat mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum yang mana mereka juga dapat bersuai kenal antara satu sama lain.

“Tambahan pula, selepas dua tahun negara berperang dengan pandemik COVID-19, kemeriahan sambutan perayaan kali ini dapat dirasai semula oleh segenap lapisan masyarakat,” katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Terdahulu, majlis yang diadakan bermula jam 8 malam itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri.

Ketibaannya kira-kira jam 10.20 malam turut diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

967
Kongsi :
Previous post Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan pamer konsep Keluarga Malaysia
Next post Dua lemas, seorang masih hilang di Kuala Krai
Ubah saiz-+=