Rusia, potensi pasaran baharu pelancongan Melaka

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 9 Mac- Satu perbincangan bersama kedutaan Rusia akan diadakan dalam masa terdekat bertujuan menarik pelawat dari negara Eropah Timur itu melancong ke Melaka kata EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Muhammad Jailani berkata, cadangan itu sesuai dengan bpembukaan pintu sempadan negara bermula 1 April depan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Kehadiran pelancong Rusia akan membantu meningkatkan sektor mikroekonomi negeri ini dan berharap tidak ada sekatan buat rakyat negara itu untuk memasuki Malaysia.

“Disebabkan krisis antara Rusia dan Ukraine, pelancong negara itu tidak akan ke Eropah Barat. Jadi, Melaka bersedia menerima kehadiran mereka,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh, hari ini.

Mengulas mengenai pengumuman pembukaan sempadan negara Muhammad Jailani berharap pelancong China, Indonesia, Singapura dan Taiwan akan terus memilih Melaka sebagai destinasi percutian utama mereka.

“Menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, kita sudah bersedia lebih 100 peratus untuk menerima kehadiran pelancong luar negara khususnya empat negara ini.

“Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan bagi pelawat daripada empat negara berkenaan, jadi saya harap apa yang direncanakan ini berjalan lancar dan kegemilangan Melaka dapat dikembalikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

896
Kongsi :
Previous post COVID-19: 175 kes baharu kategori tiga hingga lima – KP Kesihatan
Next post Akta 371 ditambah baik pantau aktiviti kiriman wang tidak sah
Ubah saiz-+=