SAMB sambut Jubli Emas 50 Tahun

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Oktober – Lebih 2,000 kakitangan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Melaka termasuk yang sudah bersara berhimpun bagi meraikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun di Stadium Hang Tuah, di sini, hari ini.

Menerusi Program Hari Keluarga SAMB itu pelbagai aktiviti menarik dianjurkan buat kakitangan daripada seluruh cawangan dihimpunkan pada satu acara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Rashid Ab Rahman berkata, program julung kali bertujuan memberi penghargaan keluarga SAMB yang telah banyak menabur bakti sejak syarikat pembekal air itu beroperasi di Negeri Melaka pada 1971.

“Alhamdulillah kita telah berjaya menghimpunkan kesemua kakitangan daripada pelbagai jabatan di SAMB untuk diraikan sempena Sambutan Jubli Emas ke 50 tahun ini.

“Pelbagai program menarik diadakan hari ini yang berlangsung sejak pagi tadi membabitkan pelbagai pertandingan dan sukaneka buat kakitangan serta anak-anak mereka.

“Ini kali pertama kita bertemu dalam sebuah wadah keluarga besar kerana kebanyakkan mereka amat sibuk dengan tugas masing-masing bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat, jadi hari ini kita raikan bersama agar syarikat ini terus cemerlang dalam pembekalan sistem air bersih di Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu program diadakan itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Rahmad Mariman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan; Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam serta tetamu lain.

Pelbagai acara menarik telah diadakan disepanjnag program itu berlangsung termasuk acara cabutan bertuah dan persembahan nyanyian daripada artis tempatan

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2071
Kongsi :
Previous post Hargai jasa pegawai perubatan, pakar bius
Next post Bonus sebulan setengah gaji buat kakitangan SAMB
Ubah saiz-+=