
Saran anak muda Melaka ceburi bidang penternakan
DUYONG 6 Sept. – Anak muda di negeri ini dinasihati agar tidak malu untuk menceburi bidang penternakan kerana ia berupaya menjana hasil pendapatan lumayan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan kerajaan melalui bidang penternakan yang mana ia perlu direbut golongan belia sebagai satu kerjaya yang diyakini boleh menjamin masa depan.
“Saya berharap golongan muda dapat merebut peluang menceburi bidang ini kerana terdapat banyak bantuan disediakan kerajaan.
“Tetapi mereka perlu mulakan dahulu bidang ini bagi membolehkan mereka layak mendapat bantuan seperti Agropreneur Muda dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat ladang ternakan lembu milik Mohd Safid Affendi Shamsudin di Solok Bukit Baru, sebentar tadi.
Sulaiman turut memuji usaha yang dilakukan anak muda berusia 28 tahun itu yang telah bergelumang dengan bidang penternakan sejak tamat persekolahan hinggalah sekarang dan kini mampu menjual empat ekor lembu seminggu.
“Diharap apa yang dilakukan Mohd Safid Affendi dapat dicontohi anak muda Melaka untuk terus maju di masa akan datang,” katanya lagi.
Views:
Related
Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...


