
Sarawak United benam Kelantan United di Stadium Hang Jebat
PAYA RUMPUT 7 Mac – Sarawak United FC melaungkan amaran awal dalam misi memburu gelaran juara Liga Premier 2021 selepas menundukkan Kelantan United FC 2-0 dalam aksi pembuka tirai di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Skuad bimbingan E Elavarasan itu mula menunjukkan taring apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-11.
Ia berpunca daripada kealpaan benteng pertahanan Kelantan United yang dimanfaatkan sepenuhnya Cristie Jayaseelan untuk membolehkan skuad The Golden Hornbill berada di depan.
Enam minit selepas itu, Sarawak United hampir menggandakan jaringan menerusi Lee Changhoon, malangnya sepakan kencangnya itu sekadar menggegar gawang.
Skuad dari Bumi Kenyalang itu akhirnya berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Uche Agba selepas Mohamad Hariz Kamaruddin dikasari Norshahrul Idlan Talaha dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat yang ketinggalan dua gol dilihat cuba bangkit dan mengasak kubu tuan rumah.
Namun usaha mereka masih gagal memecah kebuntuan apabila gagal memburu sebarang gol sehingga wisel penamat dibunyikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FAMA MELAKA MERIAHKAN WRUR DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 September - Nilai jualan Melaka Madani Agro Market sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
MELAKA PANTAU PERKEMBANGAN JEREBU, TIMBANG PEMBENIHAN AWAN JIKA KEADAAN MAKIN TERUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Kerajaan Negeri akan membincangkan langkah lanjut bagi menangani keadaan jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara...
MELAKA SASAR 5,000 PROGRAM KRT TAHUN INI
TANJUNG BIDARA 16 September - Sebanyak 5,000 program membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disasarkan akan dilaksanakan di seluruh Melaka sepanjang...
PUSINGAN U BERTINGKAT JIMATKAN MASA PERJALANAN LEBIH 40 MINIT – KM
TANJUNG BIDARA 16 September - Projek pusingan U bertingkat (elevated U-turn) di Jalan Cheng kini dalam proses penilaian oleh Kementerian...
KEJAYAAN PERTAMA NUR AWADAH SELEPAS LIMA TAHUN DALAM DUNIA PIDATO
AYER KEROH 16 September – Tempoh persediaan singkat tidak menghalang Nur Awadah Mohamad Adli, 14, melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai...
BULATAN SUNGAI BARU ULU, BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 70,000 PENDUDUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Lebih 70,000 penduduk sekitar Masjid Tanah menerima manfaat daripada pembinaan Bulatan Sungai Baru Ulu di...

