
Satu lagi PPS dibuka di Alor Gajah
ALOR GAJAH 25 Oktober – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dibuka selepas lima keluarga dari Kampung Gadek diarahkan berpindah, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, PPS Balai Raya Gadek itu dibuka pada jam 11 malam tadi bagi menempatkan 11 mangsa.
“Kesemua mereka diminta berpindah apabila kediaman mereka dinaiki air dan tidak selamat untuk diduduki.
“Sehingga kini hanya dua PPS dibuka dan jumlah keseluruhan mangsa pada jam 8 pagi tadi, meningkat kepada 38 orang membabitkan 11 keluarga dari lima kampung,” katanya.
Menurutnya, kampung yang terjejas adalah Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Gadek.
“Pemantauan berterusan kini dilakukan pihak APM bagi memantau paras air, selain keselamatan penduduk,” katanya.
Pemindahan itu menjadikan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 38 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 27 individu daripada enam keluarga, malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TUJUH DITAHAN BANTU SIASAT KES PERGADUHAN DI BEMBAN
JASIN 24 Jun – Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang mengakibatkan dua lelaki...
WRUR RIM: PERMUDAH RAKYAT LUAR BANDAR DAPAT BANTUAN, MAKLUMAT
RIM 24 Jun - Sambutan menggalakkan penduduk terhadap Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim membuktikan...
PERZIM ANJUR DUA FESTIVAL ANGKAT KEUNIKAN WARISAN MELAKA 3-5 JULAI INI
TELOK MAS 24 Jun - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan Festival Masakan Warisan Melaka 2026 yang berlangsung di perkarangan...
WRUR KONGSI ILMU BAJA ORGANIK KEPADA PEKEBUN RIM
RIM 24 Jun - Penganjuran program pembuatan baja organik dalam kalangan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan diperluaskan dengan...
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...

