‘Saya akan hantar laporan ke Putrajaya’ – Norhizam

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

BANDA HILIR 2 Julai – Kerajaan sedia membantu menyelesaikan masalah dihadapi lebih 100 peniaga kraftangan dan makanan tradisional di Bazar Ole-ole di sini ke Putrajaya Isnin ini.

EXCO pembangunan usahawan negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee, penganjur bazar berkenaan bagaimanapun perlu segera menyediakan laporan beserta bukti kerugian ditanggung mereka sejak awal tahun ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya minta usahawan-usahawan kecil yang ada di Melaka himpunkan segala data dan fakta ini (kerugian), hantarkan pada saya untuk saya angkat laporan terus ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Saya akan berbincang soal nasib usahawan yang terjejas akibat PKP dengan menteri atau timbalan menteri.

Kalau dia (penganjur) kata esok atau Sabtu boleh bagi laporan, Isnin saya dah naik (Purajaya). Tak perlu masa yang lama,” katanya.

PENGERUSI Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata demikian selepas meninjau keadaan peniaga di Bazar Ole-ole di sini hari ini. Hadir sama penganjur bazar berkenaan, Khairul Anuar Mohd Noor.

Terdahulu, Khairul Anuar mendakwa pelaksanaan PKP sejak awal tahun ini menyebabkan penganjur dan lebih 100 peniaga bazar berkenaan yang bergantung penuh pendapatan daripada pelancong kerugian hampir RM1.3 juta merangkumi kos sewa tanah, sewa kedai, makanan rosak akibat tamat tempoh.

Mengulas perkara itu, Norhizam berkata beliau turut simpati dengan nasib dialami dan akan berusaha membantu mereka termasuk mendapatkan bantuan pinjaman menerusi agensi di bawah kementerian berkenaan.

NORHIZAM (kiri) menjelaskan sesuatu kepada peniaga di Bazar Ole-ole Melaka, Banda Hilir hari ini. Foto: MR. Azli

“Kalau kata tak dapat bantuan daripada Pusat (kementerian) pun kita minta SME Corp, MARA, TEKUN, PUNB dapatlah meringankan beban mereka dengan memberi pinjaman agar mereka boleh berniaga balik.

“Selain daripada itu, usahawan yang beragam Islam juga boleh datang berjumpa dengan saya membawa dokumen diperlukan untuk memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM350,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

561
Kongsi :
Previous post PPV industri di Melaka perlu mohon vaksin sendiri
Next post Nor Zamani wanita ketiga dilantik Ketua Pengarah Pendidikan
Ubah saiz-+=