Saya cuba terbaik bawa pelaburan masuk ke Melaka – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 26 Nov – Datuk Seri Ab Rauf Yusof memberi jaminan untuk meyakinkan pelabur untuk terus melabur sekali gus meningkatkan ekonomi ke Melaka.

Beliau yang dilantik menjadi Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan berkata, sebagaimana peranan digalas Exco terdahulu, beliau mahu meningkatkan perkhidmatan dalam memberikan keyakinan terhadap kerajaan negeri Melaka.

Katanya, beliau akan memastikan kaedah terbaik untuk menarik lebih ramai pelabur berikutan Melaka sudah membentuk kerajaan negeri yang stabil.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk membawa pelaburan masuk ke Negeri Melaka supaya dalam sebuah kerajaan yang stabil ini kita dapat meyakinkan para pelabur datang membuat pelaburan di negeri ini.

“Saya akan lihat bagaimana peranan yang telah dimainkan selama ini untuk saya menyumbang dan menambahbaik kaedah kemasukan pelabur dan pelaburan yang terbaik di negeri ini.

“Saya akan kaji dahulu, selama ini saya tidak mencampuri urusan kerajaan jadi tak tahu bagaimana pengurusan pelaburan yang telah masuk dalam kerajaan negeri.

“Jadi sama ada kaedah terdahulu lebih baik ataupun kaedah yang akan datang itu lebih baik…lebih baik saya melihat dan mengkaji dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas dilantik mengangkat sumpah dan taat setia sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Dewan Seri Utama, Kompleks Seri Negeri hari ini.

Ujarnya, pelantikan itu menjadi amanah kepada dirinya untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada kerajaan negeri.

“Saya pun belum lagi masuk lagi pejabat untuk melihat bagaimana pelaburan Negeri Melaka ini. Saya akan lihat setelah saya berjumpa dengan semua pegawai-pegawai di bawah jabatan yang saya diberikan amanah.

“Selepas saya melihat dan mengkaji, saya akan cuba mencari satu nilai tambah yang terbaik untuk membantu kerajaan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1023
Kongsi :
Previous post BAM appoints former shuttler Yogendran as men’s singles coach
Next post Misi jadikan Melaka negeri pertama capai fasa endemik COVID-19 – Dr Akmal
Ubah saiz-+=