Misi jadikan Melaka negeri pertama capai fasa endemik COVID-19 – Dr Akmal

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 26 Nov. – Matlamat menjadikan Melaka sebagai negeri pertama yang akan mencapai fasa endemik dalam pasca penularan COVID-19 menjadi fokus utama Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Dr Akmal Salleh.

Beliau berkata, pelantikan itu bukannya satu tugas yang mudah baginya namun akan memikul dengan penuh bertanggungjawab dan amanah bagi mencapai sasaran berkenaan.

“Saya setuju ia adalah satu portfolio yang bagi saya bukan mudah dan amat berat sekali. Tetapi demi tanggungjawab kita akan memikul dan kita target Melaka akan menjadi antara negeri yang pertama akan beralih ke fasa endemik.

“Dan kita akan pastikan semua rakyat kita hampir keseluruhan kita nak pastikan third dose itu akan berjalan dengan lancar.

“Dan yang pastinya, tentunya dalam keadaan COVID-19 ini kita nak memastikan selepas PRN (Pilihan Raya Negeri ) terutamanya, kita nak memastikan kadar kes COVID-19 kita akan menjadi semakin menurun dan terkawal di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu adalah Ahli MMKN paling muda dilantik oleh kerajaan negeri bagi mentadbir Melaka selepas memenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 Nov lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

959
Kongsi :
Previous post Saya cuba terbaik bawa pelaburan masuk ke Melaka – Ab Rauf
Next post Strategi baharu pelancongan negeri akan diperkasakan – Jailani
Ubah saiz-+=