Strategi baharu pelancongan negeri akan diperkasakan – Jailani

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 26 – Strategi baharu bagi membangunkan semula sektor pelancongan Melaka dengan pendekatan berbeza akan direncana di negeri ini.

Exco Pelancongan Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, usaha itu akan menjadi fokus utamanya setelah dikekalkan portfolio sama.

Katanya, sebagaimana portfolio sama digalas sebelum ini, beliau mahu membangkitkan semula industri pelancongan meskipun tanggungjawab itu bukan tugas mudah.

“Kepercayaan yang diberikan kepada saya ini saya akan cuba untuk ‘revitalize the whole industry’ (dan) mudah-mudahan pelancongan Melaka akan bangkit semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, hari ini.

Beliau berkata, pembaharuan yang akan dibawa dalam sektor itu akan dirancakkan dengan merangka strategi baharu dalam membangunkan semula sektor terbabit.

“Kita ada juga beberapa strategi baharu yang kita akan lancarkan bagi saya dalam tempoh Insya-Allah kurang daripada sebulan, jadi persediaan kita pada tahun 2022 ini, ada strategi baharu yang sedang kita rencanakan.

“Dan kita akan isytiharkan apabila kertas kerja ke arah itu akan siap dalam masa dua minggu, satu pendekatan yang agak berbeza kali ini untuk membangkitkan semula industri pelancongan negeri Melaka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau antara barisan Exco yang dikekalkan menyokong kepada lantikan Exco kerajaan negeri yang akan membawa pembaharuan dan nafas baharu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

“Saya rasa pembentukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ini kita dapat lihat ada satu ‘perform’, pembaharuan yang telah dibuat dalam kerajaan negeri di mana kita mendapat nafas baharu iaitu kombinasi yang lama hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Datuk Rahmad Mariman dan saya beserta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

“Sementara itu kita menyaksikan bahawasanya ada tokoh-tokoh baharu di kalangan pelbagai umur dan saya rasa acuan itu bertepatan dan bersesuaian dengan persediaan menjelang PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1204
Kongsi :
Previous post Misi jadikan Melaka negeri pertama capai fasa endemik COVID-19 – Dr Akmal
Next post Perantau asal Sarawak berang harga tiket penerbangan melambung
Ubah saiz-+=