Sorting by

×

Semburan kabus nano tidak mampu ganti kaedah pembersihan permukaan secara manual

Masa Membaca:58 Saat

PUTRAJAYA 21 Sept. – Penggunaan semburan kabus nano tidak mampu menggantikan kaedah pembersihan permukaan secara manual untuk disinfeksi jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, penyembur kabus nano telah mendapat perhatian ramai susulan penggunaannya sebagai alat disinfeksi dalam mencegah jangkitan COVID-19 dan sesetengah pihak beranggapan ia mampu menghapuskan virus SARS-CoV-2 di udara serta permukaan.

DR Noor Hisham. Foto fail.

“Bagaimanapun, keberkesanan alat ini bergantung kepada keupayaannya menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis serta kepekatan larutan disinfektan yang digunakan selain tempoh pendedahan antara sentuhan, disinfektan dan permukaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini, beberapa disinfektan yang mengandungi alkohol 70 hingga 90 peratus, hidrogen peroksida, timol, kuaternari amonia dan larutan berasaskan klorin telah dikenal pasti sebagai berkesan dalam menghapuskan SARS-CoV-2 di permukaan.

Senarai disinfektan berkesan bagi menghapuskan SARS-CoV-2 yang disyorkan boleh didapati di laman sesawang Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS https://www.epa.gov/coronavirus/about-list-n-disinfectants-coronavirus-covid19-0, yang menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

689
Kongsi :
Previous post Stesen minyak, restoran, kedai serbaneka dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam
Next post Persediaan 80 peratus jika sektor pelancongan kembali operasi – MyBHA
Ubah saiz-+=