Semua calon hadir di WTC esok

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MASJID TANAH 5 Nov – Kesemua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menghadirkan diri dalam majlis pengumuman calon di Pusat Dagangan Dunia (WTC), esok.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua calon yang hadir perlu melengkapkan beberapa proses perundangan termasuk berurusan dengan peguam, pemantauan dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam proses pengisian borang calon.

“Sebab kita nak buat proses mengisi borang pencalonan itu (agak) rumit dokumentasi itu.

“Ia juga melibatkan supaya peguam-peguam yang ada (akan) memantau dan meneliti supaya tidak ada kesalahan teknikal dalam pengisian borang calon itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada tiga DUN di Parlimen Masjid Tanah.

Ketika ditanya mengenai nama calon-calon yang bakal diketengahkan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu dan menjelaskan ia hanya akan diperkenalkan menerusi pengumuman khas secara maya di Kuala Lumpur, esok.

“Ada (senarai calon), esok pagi kita umumkan.

” (Apa-apapun) tunggu esok sama ada di kawasan ini (Parlimen Masjid Tanah) atau kawasan lain, tunggulah esok,” katanya.

Terdahulu, pada program itu dua peyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Wira Latipah Omar dan penyandang kerusi DUN Ayer Limau, Datuk Wira Amiruddin Yusof turut hadir dalam program tersebut bagi melakukan sesi penyerahan tugas pilihan raya peringkat DUN.

Kedua bekas ADUN itu digugurkan dari bertanding pada PRN Melaka, kali ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

510
Kongsi :
Previous post Melaka dijangka sesak hingga Ahad
Next post PRN Melaka: Penyandang kerusi tiga penggal tidak lagi dicalonkan BN
Ubah saiz-+=