
‘Sentiasalah turun padang, selami denyut nadi rakyat’
DUYONG 6 Sept. – Pemimpin-pemimpin di semua peringkat akar umbi di negeri ini dinasihatkan untuk sentiasa turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata melalui pendekatan turun ke bawah ia bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan rakyat, tetapi juga dapat mendengar denyut nadi rakyat secara terus dan menyelesaikannya.
“Saya merasakan turun ke bawah lagi baik daripada menunggu rakyat datang. Jadi, inilah yang saya laksanakan kerana saya lebih suka turun padang dan mendengar apa sahaja permasalahan, denyut nada rakyat di bawah yang perlu kita sebagai pemimpin ambil tahu dan selesaikan.
“Jadi saya berharap sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin, biasakanlah diri turun padang. Saya tahu ramai yang turun ke bawah, jadi saya mahu lihat usaha itu diteruskan bagi kita mendekati rakyat secara lebih dekat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong hari ini.
Sulaiman berkata, lawatan ke DUN-DUN yang ada di Melaka merupakan acara rutin yang dilakukannya sebagai Ketua Menteri pada setiap hujung minggu.
Menurutnya, program seperti ini akan diteruskan bagi memastikan segala permasalahan rakyat dapat diatasi dengan lebih tuntas dan pantas.
Views:
Related

Berita Lain
ANAK MELAKA PERLU REBUT PELUANG BIASISWA PETRONAS
TANJUNG BIDARA 18 September - Anak Melaka perlu merebut peluang pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk...
BERPIDATO BENTUK JATI DIRI, BINA KARAKTER ANAK MELAKA
AYER KEROH 18 September - Penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri...
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...

