
‘Seronok’ separuh jalan
GADEK, 6 Julai – Seramai 37 individu termasuk enam wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam parti liar dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kediaman di Pulau Sebang, di sini, tengah malam semalam.
Kesemua mereka ditahan kira- kira jam 12.50 tengah malam dalam Ops Tapis yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, daripada 37 yang ditahan tiga adalah wanita warga Indonesia dan kesemua mereka berusia antara 20 hingga 43 tahun.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menjumpai 16 pil ecstacy dan satu botol plastik kecil yang disyaki berisi dadah ketamin.
“Ujian saringan air kencing dilakukan mendapati kesemua mereka positif dadah dipercayai jenis methamphetamine,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka dibawa balik ke balai polis untuk tindakan lanjut.
“Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
“Manakala kesemua mereka turut dikenakan tindakan kompaun kerana melanggar syarat PKPP,” katanya.
Views:
Berita Lain
INDUSTRI BECA MELAKA PERLU LEBIH TERATUR, PENGAYUH TANPA LESEN DIMINTA PATUH SYARAT
DUYONG 28 November β Pengayuh beca yang masih beroperasi tanpa lesen sah sekitar kawasan tumpuan pelancong di Melaka diminta segera...
HUBUNGAN ALUMNI, UNIMEL TIDAK TERHENTI SELEPAS KONVOKESYEN – TUN DR. MOHD ALI
AYER KEROH 28 November - Graduan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) disaran agar terus menyumbang kepada pembangunan universiti itu meskipun sudah...
KONVOKESYEN UNIMEL KE-28 RAIKAN 1,173 GRADUAN
AYER KEROH 28 November β Seramai 1,173 graduan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) diraikan pada Istiadat Konvokesyen Ke-28 universiti itu yang...
BAJET MELAKA 2027: PERUNTUKAN KLUSTER AGAMA DIJANGKA ANTARA TERTINGGI
BUKIT PALAH 28 November β Kluster agama dijangka menjadi antara penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan Melaka 2027 yang akan dibentangkan...
DUNIA SEMAKIN PINTAR, MANUSIA PERLU LEBIH BIJAKSANA β TUN DR. MOHD ALI
AYER KEROH 28 November - Kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) perlu diseimbangkan dengan kebijaksanaan manusia dalam membuat pertimbangan bagi...
MELAKA TELITI INISIATIF KURANGKAN KOS ASUHAN ANAK DI TASKA
GADEK 28 November β Kerajaan Negeri sedang meneliti peluang kerjasama dengan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) sedia ada bagi memudahkan...


