
Tiga rumah, 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Kota Tinggi
JOHOR BAHRU 6 Julai – Sebanyak tiga buah rumah jenis separuh kekal serta 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata kejadian pada 7.11 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri.
Beliau berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dan Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999.
“Operasi pemadaman terbabit melibatkan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera penyelamat kebakaran (FRV) dan sebuah kenderaan utiliti Toyota Hilux,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Azman berkata kenderaan yang musnah berada di parkir berhampiran ketiga-tiga rumah melibatkan jenama Proton, Honda, Volvo, Toyota, Ford serta sebuah motosikal jenis Suzuki GSX.
Beliau berkata operasi pemadaman ditamatkan pada 10.25 pagi dan pihaknya masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
PEMERGIAN TUN SITI HASMAH KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA – AB RAUF
AYER KEROH 28 September - Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai kehilangan besar buat negara, khususnya atas...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...

