
Sesak tiga kilometer akibat kemalangan lima kenderaan
JASIN 17 Mei – Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 189.2 arah selatan sesak lebih tiga kilometer akibat kemalangan membabitkan lima kenderaan, petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superinten Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kira-kira jam 2.47 petang Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) menerima maklumat berhubung kemalangan itu.
Beliau berkata, sebaik tiba dilokasi kejadian, USLR mendapati kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk dua buah treler.
“Hasil siasatan awal kejadian dipercayai berlaku apabila treler muatan barang makanan yang ketika itu sedang menghala ke selatan dikatakan hilang kawalan dan terbabas.
“Kenderaan berat dilaporkan merempuh empat lagi kenderaan lain kejadian hingga menghalang kedua-dua lorong menyebabkan kesesakan dan hanya lorong kecemasan boleh digunakan,” katanya.
Menurutnya, setakat ini tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...

