SEWA DRON HARGA BERPATUTAN BANTU PESAWAH MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember – Pengusaha tanaman padi seluruh Melaka kini boleh menyewa dron pada harga berpatutan menerusi perkhidmatan yang disediakan Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sewaan dron itu boleh digunakan untuk tujuan meracun, mengapur, membaja dan membenih petak sawah masing-masing.
Menurut beliau, perkhidmatan sewaan dron itu telah bermula sejak Jun 2024, dimana harga yang ditawarkan untuk aktiviti meracun adalah RM40 untuk satu ekar dan mengapur pada harga RM50 seekar.
“Untuk membaja pula, harga yang ditetapkan adalah RM15 untuk satu beg dan begitu juga membenih pada harga RM15 satu beg.
“Teknologi moden seperti dron ini amat diperlukan dalam sektor pertanian khususnya tanaman padi memandangkan sektor ini kebiasaannya tidak mempunyai tenaga kerja yang ramai.
“Jadi, kita percaya dengan adanya penggunaan teknologi masa kini untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Wira Lim Ban Hong (BN-Klebang) yang diwakili Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
AYER KEROH 13 Januari - Melaka mengekalkan sasaran unjuran nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...
8 TERAS BUAT PENJAWAT AWAM, BINA MASA DEPAN MELAKA GEMILANG
AYER KEROH 13 Januari - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menggariskan lapan perkara sebagai teras buat penjawat...
PASTIKAN INISIATIF BAJET 2025 MELAKA SAMPAI KEPADA RAKYAT – KM
AYER KEROH 13 Januari - Semua inisiatif Bajet 2025 Negeri Melaka yang telah dibentangkan 27 Disember lalu perlu dilaksanakan secara...
MELAKA SASAR 16.5 JUTA PELANCONG 2025
AYER KEROH 13 Januari - Kejayaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) memberi semangat untuk Kerajaan Negeri meningkatkan sasaran kehadiran pelancong...
KUTIPAN HASIL MELAKA MENINGKAT, REKOD PENCAPAIAN TERTINGGI
AYER KEROH 13 Januari - Melaka berjaya menambah kutipan hasil negeri kepada RM489.7 juta tahun lalu, sekali gus merekodkan pencapaian...
PRODUK PELANCONGAN PERCUMA 20 FEBRUARI 2025
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif produk pelancongan percuma pada 20 Februari akan diteruskan tahun ini, umum Ketua Menteri Datuk...