Siap siaga hadapi kemungkinan bencana – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 24 November – Semua agensi dan jabatan terlibat dalam pengurusan bencana perlu bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, justeru itu langkah proaktif dan preventif perlu dilaksanakan bagi memastikan semua saliran, perparitan, kolam takungan serta kolam On-Site Detention (OSD) berfungsi dengan efektif.

“Agensi itu membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Keraja Raya (JKR), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Saya juga mahu semua pegawai daerah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah agar mengadakan penyelarasan dengan semua jabatan dan agensi yang terlibat.

“Ini bagi memudahkan urusan di pusat pemindahan sementara (PPS) terutama berkaitan pendaftaran dan agihan bantuan kepada mangsa sewaktu berlaku bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan November 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

855
Kongsi :
Previous post 98 peratus aduan rakyat selesai – KM
Next post Hasilkan kandungan ‘POV’ promosi Melaka – KM
Ubah saiz-+=