Sidang DUN boleh dilaksanakan bila-bila masa – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SERI NEGERI 26 Feb. – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, namun perbincangan dengan pihak berkaitan perlu diadakan terlebih dahulu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bagaimanapun buat masa ini pihaknya perlu memikirkan dahulu kerana banyak perkara perlu dirundingkan.

“Parlimen boleh bersidang, dipersilakan bersidang, sidang DUN buat masa ni saya fikirkan dulu, saya tengok dulu macam mana banyak perkara perlu dirundingkan.

“Sidang DUN ni kalau kita nak bersidang kita boleh melakukan persidangan tetapi saya akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian-Perjanjian Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan beberapa syarikat antaranya AWH Marine Sdn. Bhd. dan HLRB Processing Sdn. Bhd. di Bilik Tun Perak, semalam.

Ujarnya, sidang DUN boleh bersidang pada bila-bila masa bergantung kepada kerajaan negeri.

“Esok boleh bersidang kalau nak, terserah kepada kita bila kita nak bersidang,” katanya lagi.

Sulaiman diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dilapor berkata, perkara itu termaktub dalam sub perenggan 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana di fikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Ends…

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

449
Kongsi :
Previous post KPDNHEP pantau peniaga durian
Next post Golongan B40 paling ramai terjebak dadah di Melaka
Ubah saiz-+=