Sidang DUN: Gabung anak syarikat Kerajaan Negeri pertingkatkan keyakinan pelabur

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 12 Disember – Beberapa buah anak syarikat Kerajaan Negeri akan digabungkan dalam penstrukturan semula syarikat bagi meningkatkan keyakinan pelabur dan mengelakkan berlaku persaingan sesama sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, langkah merasionalisasikan beberapa syarikat digabungkan mampu menambah nilai pelaburan sekiranya penstrukturan semula itu dilaksanakan.

“Ini masih dibawah pengamatan kita supaya syarikat-syarikat ini tidak bersaing antara satu sama lain. Ada pelabur yang datang menyebabkan anak-anak syarikat ini kena bergabung.

“Kita akan pantau supaya langkah dalam merasionalisasikan syarikat-syarikat ini tidak berlaku persaingan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada pada Persidangan Keempat (Bajet), Pemnggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Sulaiman turut menyatakan langkah yang perlu diambil itu dinilai berdasarkan beberapa perkara agar dapat diselaraskan dengan lebih baik.

“Beberapa syarikat yang terlibat ini akan dinilai sewajarnya kerana kita juga akan mengambil kira faktor pekerja yang ada dan bagaimana kita mahu letakkan kedudukan mereka, ini perlu diberi perhatian.

“Langkah ini juga perlu dilihat dengan sewajarnya supaya kita ada perbelanjaan yang berhemah dan tidak ada pelanggaran tatakelola di bawah Akta yang terlibat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1412
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: Wujud ‘OSC’ infrastruktur telekomunikasi selesai isu pembinaan – Exco
Next post Mangsa banjir di Perak dan Johor Kekal, Pahang, Kelantan dan Terengganu meningkat
Ubah saiz-+=