Sidang DUN: Wujud ‘OSC’ infrastruktur telekomunikasi selesai isu pembinaan – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Kerajaan Negeri dalam perancangan mewujudkan ‘One Stop Centre’ (OSC) infrastruktur telekomunikasi bagi menyelesaikan masalah pembinaan infrastruktur berkenaan yang mengambil masa panjang.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata bagaimanapun perancangan itu masih tertakluk kepada garis panduan ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Pekeliling Bilangan Tiga Tahun 2021.

“Untuk pengetahuan setakat ini kita masih mengikut garis panduan daripada KPKT iaitu pekeliling bilangan tiga tahun 2021, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah wujud OSC masing-masing.

“Jadi jika ada permohonan infrasruktur telekomunikiasi yang baharu, PBT akan melakukan kawal selia dan juga bawa masuk kepada OSC untuk mendapatkan proses kelulusan serta sebagainya.

“Bagaimanapun dalam perancangan memang kita rancangan untuk wujudkan OSC di pihak kerajaan bagi infratsruktur telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada Persidangan Keempat (Bajet), Pemnggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Rais berkata Kerajaan Negeri juga mengiktiraf telekomunikasi sebagai perkhidmatan utiliti ketiga terpenting dan beliau sebagai Exco bertanggungjawab mengambil maklum perkara yang dibangkitan.

Menurutnya setakat Oktober lalu pihak penyedia perkhidmatan bersama Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) sedang dalam proses mendapatkan tanah dan penyediaan dokumen permohonan bagi kelulusan PBT.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1542
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: 3,110 kapal berlabuh di Melaka tahun ini
Next post Sidang DUN: Gabung anak syarikat Kerajaan Negeri pertingkatkan keyakinan pelabur
Ubah saiz-+=