Sidang DUN: 3,110 kapal berlabuh di Melaka tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Sebanyak 3,110 kapal telah direkodkan berlabuh di perairan Negeri Melaka bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jumlah itu membabitkan 967 kapal di Pelabuhan Melaka, 985 di Pelabuhan Sungai Udang dan 1,158 di Pelabuhan Kuala Linggi.

Katanya, berdasarkan rekod Jabatan Laut setakat ini tidak ada kes membabitkan kapal yang berlabuh tanpa kebenaran.

“Walaupun tiada, pemantauan berterusan tetap dijalankan dan jika didapati terdapat pelanggaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan termasuklah denda dan penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab sama ada berlaku kes membabitkan kerosakan tangkapan nelayan disebabkan kapal berlabuh, Abdul Razak berkata, hanya satu kes sahaja direkodkan pada 2021 iaitu membabitkan tuntutan ganti rugi berjumlah RM500.

“Bagaimanapun jika berlaku kerosakan sampan atau peralatan nelayan disebabkan kapal berlabuh, nelayan bolehlah membuat laporan polis dann seterusnya ke Jabatan Perikanan Negeri bagi siasatan untuk membolehkan ganti rugi dituntut sama ada daripada pihak pelabuhan atau pemilik kapal.

“Namun, pada masa sama, pemilik kapal juga boleh membuat tuntutan ganti rugi kepada nelayan jika terdapat pelanggaran dan berlaku kerosakan membabitkan aset mereka disebabkan peralatan nelayan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1457
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: Perikanan rekreasi bakal jadi tarikan baharu Melaka
Next post Sidang DUN: Wujud ‘OSC’ infrastruktur telekomunikasi selesai isu pembinaan – Exco
Ubah saiz-+=