
Sidang DUN Melaka berlangsung dalam suasana berbeza
AYER KEROH 20 Julai – Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 berlangsung dalam suasana berbeza hari ini berbanding persidangan sebelumnya.
Ia tetap diadakan ketika negara berdepan wabak Covid-19 dengan penerapan penjarakan sosial selain langkah pencegahan lain.
Jumlah kehadiran ahli Yang Berhormat telah ditetapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja supaya tidak berhimpun terlalu ramai.
Terdahulu, pembukaan sidang DUN kali ke-14 itu telah disempurnakan Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam pagi ini.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali; ; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan serta barisan Pengerusi Jawatankuasa Negeri.
Views:
Related


Berita Lain
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...
SUKAN SAWAH KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KAMPUNG BUKIT PIATU
BUKIT KATIL 23 Jun - Gelak tawa peserta yang bergelumang lumpur, sorakan penyokong di tepi bendang dan semangat kesukanan tanpa...
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...
WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN
RIM 23 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan operasi kerja-kerja cantas dan tebang pokok serta semak samun yang dipercayai...
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...
PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Inisiatif pelantikan bapa angkat dan jabatan angkat dilihat mampu membantu atlet Melaka untuk memberikan persembahan...
