Sidang DUN Melaka: Tiga usul dibentang untuk dibahaskan hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 20 Julai – Sebanyak tiga usul akan dibentangkan untuk dibahaskan bagi Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 kali ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tiga usul itu dimulakan dengan ucapan terima kasih Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam atas ucapan perasmian pembukaan dewan hari ini.

“Kedua usul mengenai perkara 3 (4)a Perlembagaan Negeri Melaka bagi mewujudkan gelaran dan martabat darjah seri paduka Negeri Melaka pingat peringatan cemerlang dan pingat peringatan sempena pelantikan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

“Ketiga usul memberi cadangan supaya Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif mendaftarkan semula semua pemegang kad pengenalan Malaysia (Mykad) bagi mengkaji faktor-faktor keselamatan mengatasi masalah kebanjiran warga asing dalam kes penipuan Mykad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menangguhkan dewan bagi memberi laluan ucapan perasmian Mohd Ali.

Ujarnya, sebanyak 152 soalan bertulis dan 103 soalan lisan telah diterima untuk dijawab di pihak kerajaan.

“Seramai enam ahli-ahli yang behormat telah dipilih untuk berucap semasa ucapan penangguhan nanti.

“Yang pertama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim, kedua ADUN Bukit Katil, ketiga ADUN Sungai Rambai, keempat ADUN Banda Hilir, kelima ADUN Ayer Limau dan keenam ADUN Durian Tunggal,” katanya.

Sidang dewan akan bermula pada 21 Julai sehingga 23 Julai ini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post Sidang DUN Melaka berlangsung dalam suasana berbeza
Next post Ganding bahu realisasi visi menuju negeri lestari – TYT
Ubah saiz-+=