SISTEM PARKIR DIGITAL SEPENUHNYA BERMULA 1 JANUARI 2025

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 11 Oktober – Melaka akan melaksanakan sistem pembayaran parkir secara digital secara sepenuhnya berkuatkuasa 1 Januari 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif pintar itu diperkenalkan menerusi Melaka Smart Parking yang bakal membabitkan kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Jelas beliau, sistem parkir digital itu akan melibatkan lebih 14,000 petak parkir yang terdapat di negeri ini.

“Menerusi inisiatif ini, saya percaya ia dapat memudahkan urusan pembayaran parkir untuk orang ramai, khususnya rakyat Negeri Melaka dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Smart Melaka International Conference and Exhibition 2024 (SMIX 2024) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) Dr. Nazdiana Ab Wahab serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

196
Kongsi :
Previous post SMIX 2024 SANGAT BERMAKNA, BERJAYA CAPAI OBJEKTIF
Next post SURI RUMAH RUGI LEBIH RM100,000 TERPEDAYA SINDIKET PENIPUAN
Ubah saiz-+=