Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini – Annuar

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kategori itu ialah pelajar program asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), pelajar semester 1 dan 2 sekolah menengah (Tingkatan 6) di bawah KPM dan pelajar yang mengikuti program di Kolej Vokasional yang menawarkan pengajian diploma.

“Semua kategori ini boleh membuat permohonan mulai hari ini sehingga 30 Sept,“ katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai status pemberian tablet oleh K-KOMM melalui program PerantiSiswa dan jumlah tablet yang bakal diagihkan kepada pelajar daripada golongan B40 setakat ini.

Sebelum ini, pelajar golongan B40 yang layak memohon program berkenaan ialah mereka yang mengikuti program sepenuh masa diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah kendalian KPT, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah KPM, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah KPM dan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). -BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

869
Kongsi :
Previous post Penjawat awam direman bantu siasatan kes rasuah RM35,000
Next post KeTSA tidak pertimbang permohonan baharu aktiviti perlombongan di Tasik Chini
Ubah saiz-+=