
Penjawat awam direman bantu siasatan kes rasuah RM35,000
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Seorang penjawat awam direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM35,000.
Suapan itu dipercayai sebagai balasan untuk membantu kes mahkamah yang dikendalikan oleh lelaki berusia 40-an berkenaan, yang bertugas di bahagian penguatkuasaan sebuah jabatan kerajaan di Terengganu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Diana Abd Aziz setelah mendapat permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Menurut sumber SPRM, lelaki berkenaan ditahan pada 4.15 petang semalam di sekitar Kuala Terengganu, lanjutan daripada operasi yang dijalankan oleh pihak SPRM negeri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAPOR SEGERA JIKA RUMAH ALAMI KEROSAKAN, KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU
SUNGAI RAMBAI 8 Julai - Penduduk yang berdepan masalah kerosakan rumah diminta supaya tidak menangguhkan laporan kepada pihak berwajib bagi...
WISMA ZIYAD PROPERTY LAMBANG KEJAYAAN SYARIKAT HARTANAH BUMIPUTERA
AYER KEROH 7 Julai - Syarikat perkhidmatan profesional hartanah, Ziyad Property Consultants (Melaka) Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri...
MAIM AMBIL BERAT KEHIDUPAN 5 KELUARGA ASNAF SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa diberi perhatian menerusi...
FIRMA BUMIPUTERA PERKASA INDUSTRI PENILAIAN HARTANAH MELAKA
AYER KEROH 7 Julai - Pembukaan pejabat urusan baharu syarikat perunding hartanah tempatan menjadi petanda positif terhadap perkembangan industri hartanah...
SWM ENVIRONMENT, KOLEJ KOMUNITI JASIN JALIN KERJASAMA STRATEGIK DALAM PENGURUSAN SISA MAMPAN
JASIN 7 Julai - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan Kolej Komuniti Jasin (KKJS) memeterai Surat Hasrat (LoI) sebagai...
PEMAJU DISARAN BINA KEMUDAHAN IKUT KEPERLUAN RAKYAT – KETUA MENTERI
SERI NEGERI 7 Julai - Semua pemaju di negeri ini disarankan untuk memberi keutamaan kepada aspek keperluan rakyat dalam setiap...
