
Skuasy hadiahkan Melaka pingat emas ke-10
AYER KEROH 20 Ogos – Sukan skuasy menghadiahkan pingat emas ke-10 buat Negeri Melaka dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, menerusi acara beregu wanita, hari ini.
Pingat tersebut disumbangkan pasangan Zhu Xuan Goh dan U. Thanusaa yang berjaya menewaskan wakil Sabah, Xing Yin Yee dan Doyce Yi San Lee.
Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak, beregu wanita Melaka terlebih dahulu tewas pada set pertama dengan keputusan 9-11, sebelum bangkit pada dua set berikutnya dengan kemenangan 11-6, 11-6.
Ia merupakan pingat kedua disumbangkan sukan skuasy untuk Melaka, selepas semalam, U. Thanusaa bersama Andrik Kai Shan Lim meraih pingat perak dalam acara beregu campuran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
