Sokong ‘total lockdown’ disambung – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

AYER KEROH 10 Jun – Kerajaan negeri bersetuju sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang sedang berkuatkuasa disambung demi melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 di seluruh negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada kerajaan pusat melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan perkara itu.

PEMANTAUAN udara di sekitar Pulau Melaka.

“Saya bersetuju jika perintah ‘total lockdown’ ini diteruskan dan biarlah kita bersusah sebentar pada peringkat awal, asalkan kita mampu menurunkan penularan ini sepertimana selepas PKP 1.0.

“Hal ini kerana kes jangkitan baharu yang direkodkan di negeri ini tidak seimbang kerana kadangkala ada turun dan naiknya, namun kita bersyukur biarpun selepas PKP Penuh ini dilaksanakan kita masih belum mencapai lebih 400 kes baharu dalam sehari.

“Kalau nak sambung (PKP penuh) kita ikut saja dan serahkan perkara ini kepada MKN kerana jika tidak dilaksanakan dijangka negara akan mencapai unjuran kes sehingga 12,000 pada Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini di Padang Mes Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka selepas menyertai tinjauan udara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau keadaan semasa negeri ini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

PEMANDANGAN di sekitar Bandar Melaka dari udara.

Menerusi tinjuan udara itu, Sulaiman berpuas hati dengan pelaksanaan PKP penuh di negeri ini berikutan pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) masih diikuti dengan kawalan ketat dari pihak berkuasa.

“Kita melihat keadaan trafik di Melaka masih dalam keadaan terkawal yang mana hanya beberapa kenderaan yang dilihat keluar ke jalan raya berikutan beberapa sektor yang dibenar beroperasi dalam tempoh ini.

“Malah situasi juga menunjukkan keadaan kenderaan yang berkurang di sepanjang jalan raya tidak seperti mana dengan keadaan kesesakan penuh walaupun pada hari bekerja sebelum ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

865
Kongsi :
Previous post Lebih 1,000 pelajar MRSM peroleh semua A
Next post 215 pelajar cemerlang SPM peroleh ‘straight A’
Ubah saiz-+=