Suami orang dicekup khalwat bersama kekasih

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat
MELAKA : Seorang lelaki yang masih berstatus suami dicekup berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini, hari ini.
Lelaki lingkungan usia 40an dan pasangannya berusia 20an itu ditangkap dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam (JAIM) pada jam 1.30 pagi tadi.
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata pihkanya menjalankan serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan pasangan itu.
Katanya, dalam serbuan itu pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri.
“Ketika disoal siasat lelaki terbabit mengaku telah berkahwin namun tinggal berjauhan dengan isterinya yang menetap di Selangor bersama tiga anak mereka sejak dua tahun lalu.
“Pasangan kekaksih itu mendakwa bekerja sebagai cef di hotel dan memberi alasan untuk berehat di hotel terbabit,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia.
Che Sukri berkata, pasangan itu mengakui menjalinkan hubungan sulit sejak setahun lalu dan kerap bermalam bersama.
“Wanita terbabit memberitahu dia mengetahui status lelaki terbabit dan pasangan dan kedua-duanya dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan,” katanya.
Jelasnya, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Katanya, kedua-duanya boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2806
Kongsi :
Previous post Bazar Ramadan: Mahal tapi berpada-pada
Next post Polis tumpas geng along tawar pinjaman wang tanpa lesen
Ubah saiz-+=