Suburkan budaya inovasi di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BUKIT KATIL 24 April – Kerajaan Negeri berhasrat memperbanyakkan lagi program-program inovasi di Negeri Melaka, khususnya membabitkan generasi muda.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, ia bertujuan menyahut hasrat dan matlamat kerajaan untuk menyuburkan lagi budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut beliau, pertandingan seumpanya dapat menjadi platform untuk mereka yang terlibat menyumbang idea, selain menunjukkan kemampuan mencipta atau menemui sesuatu yang baharu dalam bidang masing-masing.

“Pertandingan ini begitu signifikan kerana ia berupaya mencetus kepada kreativiti memerah idea bagi mencetuskan sesuatu keunikan yang boleh dimanfaatkan rakyat dan keberhasilan negara.

“Semoga setiap usaha yang kita rencanakan ini memenuhi agenda yang dihasratkan dalam usaha menjayakan impian Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kolej Vokasional Melaka Tengah, di sini, hari ini.

Menurut Fairul Nizam, pertandingan itu disertai 30 pelajar membabitkan lapan buah kolej vokasional zon Selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Ujar beliau, pertandingan tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga kolej vokasional, selain memperkasa bidang kemahiran di negara ini.

“Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat memastikan warga kolej vokasional terus bergerak pantas serta berfungsi dengan berkesan kepada masyarakat dan pada masa sama memastikan institusi pengajian ini terus relevan dan diperlukan dalam memancu pembangunan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

185
Kongsi :
Previous post Op HRA: Tiga pemandu bas ekspres dikesan buat panggilan video, siaran langsung TikTok
Next post Tragedi helikopter: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Ubah saiz-+=