
SUKAN ANTARA 12 TAMAN DUN AYER LIMAU PADA 12 JULAI DEPAN
AYER LIMAU 23 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau akan menganjurkan temasya Sukan Antara Taman DUN Ayer Limau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 12 Julai depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata sukan terbabit merupakan yang julung kali diadakan dalam negeri ini dengan melibatkan 12 taman perumahan.
Katanya, dianggarkan temasya itu akan melibatkan 500 penyertaan pelbagai peringkat usia dengan hampir 30 acara yang dipertandingkan seperti futsal dan bola jaring.
“Kita juga anjurkan sukan rakyat dan pertandingan memasak, semua acara ini akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Ayer Limau. Tetapi hanya penduduk taman perumahan sahaja yang layak menyertai sukan ini.
“Objektif pelaksanaan sukan ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat disamping dan mengeratkan silaturahim sesama penduduk menerusi sukan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berharap penganjuran itu akan mengukuhkan nilai perpaduan, toleransi serta kerjasama komuniti setempat tanpa mengira latar belakang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TELUR ASIN BUKIT SEDANAN BERSIH, BERKUALITI
ASAHAN 15 April - Telur asin lazimnya sinonim dengan kaedah pembuatan tradisional menggunakan abu gosok daripada arang dan sekam padi....
BERMALAM DI MUZIUM MELAKA TERAP NILAI STEM, REKREASI
AYER KEROH 15 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kembali menganjurkan program 'Sleepover @ The Museum', namun menawarkan pengalaman berbeza...
WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA
GADEK 15 April - Isu membabitkan infrastruktur antara 160 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
BERMULA DARI JALANAN, DODOL KAMPUNG ABBEY KINI SEMAKIN DIKENALI
ASAHAN 15 April - Nostalgia menjaja dodol dari kampung ke kampung dengan menunggang motosikal tiga dekad lalu sentiasa segar dalam...
MPAG RANCANG BINA BAHARU, BAIK PULIH 11 KEDIAMAN TAHUN INI
GADEK 15 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merancang untuk melaksanakan 10 projek baik pulih rumah dan membina sebuah...
MELAKA TUAN RUMAH KONGRES DUNIA ‘EAROPH’ 2026
AYER KEROH 14 April - Melaka sekali lagi mencipta nama di pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran...
