
Suri rumah didakwa bunuh anak perempuan berusia dua tahun
TELUK INTAN, 17 Mac – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya minggu lalu.
Tertuduh, Thang Pui Ling, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim K. Rajeswari.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes melibatkan hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Thang didakwa membunuh Heng Jing Yi yang berusia 23 bulan di Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang di sini pada 2 pagi, 9 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimah Che Ismail manakala peguam Chuah Shyue Chien mewakili tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital selepas wanita itu menghantar anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mendakwa anaknya mengalami sesak nafas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR BUKAN PESTA KERAJAAN, TETAPI MEDAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sebuah pesta atau acara Kerajaan Negeri, sebaliknya menjadi...
WRUR TANJUNG BIDARA JADI GELANGGANG KEBERSAMAAN RAKYAT, KERAJAAN
TANJUNG BIDARA 14 September - Tanjung Bidara dijadikan ‘gelanggang kebersamaan’ rakyat dan Kerajaan Negeri Melaka sepanjang tujuh hari pelaksanaan Program...
SEPERLAHAN MANA SUARA RAKYAT, WAJIB SAMPAI KE TELINGA KERAJAAN
TANJUNG BIDARA 14 September - Keluh-kesah rakyat, biarpun kecil dan suara yang disampaikan secara perlahan, tetap perlu diberi perhatian supaya...
WRUR LABUH TIRAI DI TANJUNG BIDARA, TOK RAUF ‘PULANG KE KAMPUNG’
TANJUNG BIDARA 14 September - Selepas dua tahun menjelajah 27 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Melaka, Program Wakil Rakyat...
WRUR TANJUNG BIDARA: 78 PROGRAM BERSAMA RAKYAT, 140 ADUAN AKAN DISELESAIKAN
TANJUNG BIDARA 13 September - Lebih 78 program melibatkan kesemua portfolio Exco Kerajaan Negeri dirangka sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR JADI SOP, BUDAYA PENTADBIRAN MELAKA MASA DEPAN
TANJUNG BIDARA 13 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan terus menjadi sebahagian daripada pendekatan pentadbiran Kerajaan Negeri...

