Syor lanjut tempoh MAHA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SERDANG 9 Ogos – Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada masa akan datang perlu dipanjangkan bagi memastikan ia menerima sambutan menyeluruh daripada rakyat Malaysia.

Ia berikutan pameran yang menawarkan lebih 1,500 gerai perniagaan dari serata negeri di lokasi yang luas memerlukan masa yang lama untuk diterokai oleh pengunjung yang datang ke kawasan itu.

Seorang pengujung dari Keratong, Pahang, Nur Maliah Mastor,59 mencadangkan kerajaan perlu memanjangkan tempoh penganjuran MAHA pada tahun akan datang berikutan tempoh yang singkat membuatkan terdapat pengunjung dari negeri lain tidak dapat memanfaatkan masa untuk datang ke pameran berkenaan.

Dia yang sanggup menyertai rombongan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Wilayah Kuantan, Pahang berkunjung ke MAHA 2022 bersama rakan-rakannya dan mengambil masa lebih kurang tiga jam sejak awal pagi tadi.

“Kalau boleh kita minta kerajaan penjangkan tempoh penganjuran MAHA pada masa akan datang, tak puas sebab kita datang sehari saja ditambah lokasinya yang cukup luas.

“Setiap tahun penganjuran MAHA memang saya akan hadir untuk memeriahkannya malah selepas empat tahun ini kita lihat kali ini cukup meriah dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan kerajaan.

“Memang seronok, kalau ada peluang memang nak pergi lagi dan kita harap kerajaan kekal teruskan penganjuran seperti ini untuk memajukan produk usahawan tempatan di negara kita,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pengunjung, Nur Anisah Adriana, 16 .

Sementara itu, seorang pelajar, Nur Anisah Adriana, 16 yang juga dari Pahang turut meluahkan hasrat itu bagi berikutan MAHA 2022 banyak memberikan peluang dan pengalaman kepadanya.

Views:

1033
Kongsi :
Previous post Kawasan pendakian berisiko perlu guna khidmat MGP bermula 2023
Next post Lelaki ditahan bantu siasatan kemalangan babit tujuh kenderaan
Ubah saiz-+=