Tahun 2022, pelancongan Melaka lebih agresif – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

 

BANDARAYA MELAKA 5 Feb – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) merancang untuk mengadakan 61 program berskala besar bagi merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka tahun ini.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia termasuk mengembalikan semula program-program yang tergendala akibat COVID-19 tahun lalu.

Katanya, industri pelancongan negeri akan bertindak lebih agresif pada tahun ini memandangkan Melaka sebuah negeri yang sumber ekonominya bergantung pada pelancongan.

“Tahun ini, kita ada 61 program besar dan sektor pelancongan Melaka akan lebih agresif sebab kita tak ada waktu, tak ada masa, kita kena buat sesuatu dalam tahun ini juga supaya Melaka kekal relevan dalam industri pelancongan.

“Antara program berskala besar yang akan diadakan ialah Program ‘Let’s Kopi’ yang dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pesta Kopi Melaka di The Shore Shopping Gallery, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar BPP Melaka Saari Basiron.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani berkata, kerajaan negeri turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama mengadakan program atau acara pelancongan.

Keutamaan, katanya, diberikan kepada program dan acara yang boleh memberikan impak secara inklusif kepada ekosistem pelancongan Melaka demi kelangsungan industri pelancongan yang sedang pulih dikala fasa endamik ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1176
Kongsi :
Previous post MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia
Next post Tindakan tegas pihak sengaja naikkan harga ayam, telur – MAFI
Ubah saiz-+=