
Tak patuh SOP semasa kursus, 106 positif di Terendak
AYER KEROH 5 Feb – Akibat ketidak patuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam komuniti dan sewaktu berkursus, seramai 106 orang disahkan positif COVID-19.
Ia sekali gus mencetuskan Kluster Terendak 2, iaitu kluster tempat kerja di daerah Alor Gajah.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, kluster itu dipercayai bermula di komuniti sebelum merebak semasa kursus dijalankan.
Ia turut merebak ke tempat tinggal dan tempat kerja.
“Jangkitan berlaku kerana kegagalan mematuhi SOP sepanjang aktiviti-aktiviti sosial yang diadakan bersama dan perkongsian pelbagai fasiliti bersama,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, JKN Melaka turut memaklumkan terdapat peningkatan kes harian COVID-19 di Melaka, iaitu sebanyak 395 kes hari ini.
Ia menjadikan seramai 2,087 kes masih dirawat termasuk tiga daripada ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dua memerlukan alat bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM ANJUR DUA FESTIVAL ANGKAT KEUNIKAN WARISAN MELAKA 3-5 JULAI INI
TELOK MAS 24 Jun - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan Festival Masakan Warisan Melaka 2026 yang berlangsung di perkarangan...
WRUR KONGSI ILMU BAJA ORGANIK KEPADA PEKEBUN RIM
RIM 24 Jun - Penganjuran program pembuatan baja organik dalam kalangan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan diperluaskan dengan...
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...
SUKAN SAWAH KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KAMPUNG BUKIT PIATU
BUKIT KATIL 23 Jun - Gelak tawa peserta yang bergelumang lumpur, sorakan penyokong di tepi bendang dan semangat kesukanan tanpa...
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...

