Tak sampai tiga jam, lapan ekor kambing sudah digolek

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 30 April – Pengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sanggup beratur panjang bagi menunggu giliran semata-mata untuk menjamah hidangan kambing golek disediakan.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Mohd Husni Husin berkata, bagi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka kali ini pihaknya menyediakan 15 ekor kambing golek.

Katanya sambutan diterima daripada orang ramai amat menggalakkan apabila dalam tempoh tidak sampai tiga jam majlis bermula lapan ekor kambing golek habis dibakar.

“Keistimewaan kambing golek MTSB terletak pada sos pencicah yang digelar sos hijau, alhamdulillah orang ramai puji hidangan kami sediakan.

“Lapan kakitangan MTSB bertugas menjaga gerai dan mengagihkan daging kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada majlis itu, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2023-04-29 at 4.22.04 PM

HIDANGAN kambing golek yang disajikan MTSB menjadi juadah paling laku keras pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka di MITC.

Selain Kambing Golek MTSB sebuah lagi jabatan kerajaan turut menawarkan hidangan sama kepada orang ramai datang memeriahkan penganjuran majlis itu.

Difahamkan 70 jabatan dan agensi kerajaan negeri bersama-sama menjayakan penganjuran rumah terbuka itu dengan menyediakan pelbagai jenis makanan serta minuman.

Majlis dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung tempatan dan luar Melaka membabitkan pelbagai kaum di negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1174
Kongsi :
Previous post Berbaju raya tebar 2,000 roti canai
Next post Rumah Terbuka DUN Bukit Katil bantu 20 usahawan tempatan
Ubah saiz-+=