TAMAN INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU TARAF DUNIA

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Bukan sahaja berperanan sebagai pusat operasi pelbagai industri, sebaliknya Taman Teknologi Jerman atau German Technology Park (GTP) Melaka bakal menjadi ‘green energy park’ atau taman tenaga hijau yang pertama dibangunkan di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Cypark Resources Berhad, Datuk Ami Moris berkata, pihaknya amat komited dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan GTP sebagai sebuah taman teknologi hijau yang memenuhi kriteria syarikat multinasional Jerman.

Whatsapp Image 2024 10 15 At 5.23.29 Pm (1)
AMI.

“Memang sudah ada taman teknologi lain di Malaysia, tetapi setakat ini belum ada yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam pembangunannya, jadi Melaka akan menjadi negeri pertama.

“Jerman adalah sebuah negara berteknologi tinggi dan sudah tentu kita boleh berkongsi pengalaman serta inovasi dalam teknologi bersama mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perasmian Deutscher Brand Summit 2024 Conference & Exhibition yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Terdahulu Cypark telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Perbadanan Melaka (MCORP) sebagai strategi untuk merancakkan pembangunan GTP.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

232
Kongsi :
Previous post SYARIKAT JERMAN SELESA BEROPERASI DI MELAKA
Next post PEMAIN INDUSTRI JERMAN SOKONG GTP
Ubah saiz-+=