
TAMBAH KATEGORI PERTANDINGAN RATU KEBAYA PELANCONGAN, PENUHI PERMINTAAN
DUYONG 26 Oktober – Pertandingan Ratu Kebaya Pelancongan bakal diperluaskan dengan pertambahan kategori pada penganjuran akan datang selepas mendapat sambutan menggalakkan.
Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka Ezlina Alias berkata, pihaknya bersedia untuk menambah kategori dan menambah had umur peserta berdasarkan permintaan yang dicadangkan kepada JKKN.
“Untuk penyertaan kali ini kategori dipertandingkan sehingga had umur 35 tahun sahaja namun disebabkan permintaan ramai kami terpaksa menambah had umur sehingga 40 tahun.
“Permintaan bagi menyertai pertandingan memang banyak untuk itu pada penganjuran akan datang JKKN bercadang akan menambah kategori penyertaan kepada tiga berbanding dua buat masa ini.
“Kategori akan dibahagikan kepada remaja, bawah 40 dan terbaharu untuk veteran yang dicadangkan diperkenalkan pada pertandingan akan datang,” katanya.
Ezlina berkata demikian ketika ditemui selepas Pertandingan Ratu Kebaya Pelancongan di Dataran Pengkalan Rama, hari ini.
Menurut Ezlina, pada penganjuran kali ini bersempena Festival Seni Selat Melaka x Festival Sungai Melaka (FSSSM) 2025 lebih 20 peserta menyertai pertandingan termasuk dari luar Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
