
TAMBAH KEANGGOTAAN SRS, TINGKAT KESELAMATAN KOMUNITI
MACHAP JAYA 10 Disember – Jumlah keanggotaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) akan ditingkatkan lagi pada tahun hadapan menerusi Kempen 1 Keluarga, 1 Anggota SRS.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata kempen anjuran Jabatan Perpaduan Melaka itu menyasarkan untuk menambah sehingga 300 anggota SRS yang baharu.
Katanya, setakat ini pihaknya merekodkan sebanyak 194 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berdaftar seluruh Negeri Melaka dengan 3,000 anggota SRS.
“Kempen sedang giat dijalankan untuk menarik lebih banyak pendaftaran SRS baharu, bagi seluruh Melaka kita mempunyai lebih 252 KRT namun hanya 194 KRT yang mempunyai SRS.
“Saya harap lebih ramai yang akan menyertai SRS yang memainkan peranan penting menjaga keselamatan dan melindungi kejiranan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Hee Sem berkata SRS juga berperanan menjaga kesejahteraan dan keharmonian komuniti, selain membantu keberkesanan usaha pihak keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tanggungjawab yang dimainkan oleh anggota SRS ini meningkatkan lagi dan menjamin keselamatan penduduk di kejiranan mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERI INSENTIF KEPADA 1,300 PENIAGA TERJEJAS RIBUT
AYER KEROH 30 Jun - Prihatin dengan nasib peniaga yang terkesan akibat ribut yang melanda baru-baru ini, Kerajaan Negeri menerusi...
BISTARI JADIKAN WRUR PLATFORM SANTUNI RAKYAT
BEMBAN 30 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi platform kepada Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri...
KINI LEBIH MUDAH SEMAK TASKA BERDAFTAR DI MELAKA
BEMBAN 30 Jun - Sebanyak 150 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka direkodkan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)...
WARKAH SEJARAH BAHARU PANGLIMA AWANG AKAN DIBENTANGKAN PADA WTD 2025
KUALA LUMPUR 30 Jun - Inisiatif Kerajaan Negeri menjalankan kajian dan penyelidikan sejarah di luar negara telah membongkarkan satu dapatan...
HAMPIR 255,000 MANUSKRIP BERKAITAN MELAYU, MELAKA TERSIMPAN DI BELANDA
KUALA LUMPUR 30 Jun - Dianggarkan hampir 255,000 manuskrip dan artikel berkaitan Melayu dan Melaka sejak ratusan tahun dahulu masih...
37 KAMPUNG DI BEMBAN DAPAT ALAMAT BAHARU, DILENGKAPI KOD QR
BEMBAN 30 Jun - Sebanyak 37 buah kampung tradisional dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban akan ditransformasikan kepada Kampung...