Tambak laut punca hakisan ?

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MASJID TANAH 25 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali tidak menolak kemungkinan tambakan laut dikatakan antara faktor kepada berlakunya hakisan dibeberapa pantai di Melaka.

Beliau berkata bagaimanapun, kerja pengorekkan pasir untuk aktiviti tambakan tidak melibatkan kawasan berdekatan tepian pantai.

“Saya mengambil itu (tambakan) mungkin juga jadi faktor. Kalau kita lihat memang ada kerja penambakkan laut.

“Kerja penambakkan laut, pengorekkan pasir untuk tambakan bukan melibatkan kawasan tepian pantai ia diluluskan oleh kementerian selain pasir yang diambil jauh daripada pantai yang dihadkan,” katanya.

ANTARA kawasan pantai di Pantai Puteri yang teruk dilanda hakisan. Foto Syaf Rumaizie Syafie

Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan terjejas akibat hakisan di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara, di sini.

Menurut Sulaiman, kerja penambakkan laut dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan serta meningkatkan ekonomi Melaka.

“Ini tidak dapat dielakkan demi kelangsungan ekonomi Melaka.
“Bagaimanapun fenomena cuaca yang tidak menentu seperti pergerakan arus didasar laut laut menjadi faktor utama hakisan pantai,” katanya.

Ujarnya, beliau memandang serius hakisan pantai yang berlaku ini dan meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat pemantauan serta dilaksanakan segera.

“Esok Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pertenakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee bersama agensi terbabit akan berjumpa dan berbincang dengan penduduk untuk fikirkan pemasalahan untuk atasi hakisan,” katanya.

Views:

1022
Kongsi :
Previous post Hakisan pantai: Melaka pohon RM30 juta dari Putrajaya
Next post Ziarah kasih ukir senyuman
Ubah saiz-+=